Khamis, 12 Mac 2009

Daily Qoutes:

"Never mistake motion for action"
-Ernest Herningway-
Baju Kurung Mini


I love this design. Ini adalah hasil dari designer Arma Abdul Rahman. Baju Kurung Mini ini sesuai digayakan di semua majlis makan malam, majlis perkahwinan atau hari-hari istimewa. Walaupun ciptaan asalnya adalah untuk pengantin tetapi jika dibuang layah dan diganti dengan tudung/selendeng bercorak senada, boleh dijuga digayakan ke pejabat. Mungkin juga manik-manik boleh dikurang untuk tidak nampak terlalu sarat jika ingin dikenakan ke pejabat. Tetapi, jika menghadiri majlis-majlis istimewa, perincian yang sarat lebih menampakkan kemewahan baju dan kenggunan pemilik. Kadangkala nak juga nampak anggun dan bergaya.

Potongan ini menampakkan seseorang itu lebih kurus. Lengan dibuat potongan 'puff'' manakala pergelangan tangan dibuat bercekak dan dihiasi tatahan manik berwarna warni. Baju kurung atau jubah berpotongan 'puff' adalah design yang sangat cantik dan terkini. Ia menampakkan kelainan dari baju kurung biasa yang berpotogan lurus.

1 ulasan:

  1. TIP
    Jika anda tergolong dalam kategori pemilik tubuh gempal dan rendah, elakkan mengenakan baju dengan potongan melintang (jahitan dan warna) yang terlalu banyak kerana ia boleh menampakkan tubuh tambah rendah.

    BalasPadam