Ahad, 15 Mac 2009

Teknik Make up Smokey Eyes

Orang kata teknik make up smokey eyes seksi ... betul ker?


Apa kata make up artis Chomel:

“Smokey eyes lebih sesuai digayakan pada sebelah malam tapi jika pandai mengadun warna sesuai misalnya pemilihan tona coklat atau tembaga dengan ‘highlight’ keemasan mampu membuatkan anda tampak anggun ketika di siang hari."

“Wanita bermata kecil dan mata kucing bagaimanapun lebih sesuai menata gaya solekan mata dengan teknik ini kerana ia boleh membuatkan mata kelihatan tajam dan besar,” katanya.

Bagi pemilik mata bundar, aplikasi teknik solekan mata menggunakan kaedah soket yang menegaskan warna gelap pada penjuru mata dan lukiskan sekelilingnya menggunakan penggaris mata. Teknik ini mampu membuatkan mata kelihatan galak.

Tip cepat: Masa diperlukan : 5 minit
Saya telah cuba tip ini ketika menghadiri majlis malam. It works!!

photo will be uploaded soon...


  • Sapu primer atau asas pembayang mata supaya sapuan pembayang mata kekal lama.

  • Gariskan penggaris mata di atas garisan alis mata dan buatkan garisan lebih tebal di lipatan pelupuk mata dengan penggaris mata jenis pensil.

  • Sapukan pembayang tona cerah pada pelupuk mata kerana asas untuk mendapatkan paduan terbaik bagi teknik ini adalah adunan warna gelap dan cerah.

  • Ambil berus pembayang kemudian kaburkan garisan penggaris di bahagian atas alis sehingga ia kelihatan sekata dan tidak terlihat seperti garisan. Pastikan adunan warna gelap tidak melepasi lipatan kelopak mata.

  • Perhatikan sama ada warna adunan pada kedua belah kelopak sama rata. Kemudian akhiri dengan sapuan maskara dan serbuk kilatan.
Mudah bukan...selamat mencuba..

2 ulasan:

  1. untuk kursus solekan dan dandanan hubungi kami.. sesiapa sahaja boleh tampil cantik.. www.ambanggemilang.webs.com

    BalasPadam