Selasa, 31 Mac 2009

Let's Swim

Baru- baru ini saya ada shooting di sebuah majalah muslimah. Agak suprise kerana saya perlu mengenakan swimming suit. Dua tiga kali saya pastikan dengan k.zila, wartawan Aniqah...betul ker swimming suit...macam-macam ada difikiran saya. Ini pertama kali saya buat job untuk muslimah swimming suit. Agak risau juga takut-takut pakaian tersebut too sexy. Namun ada rasa excited, pengalaman baru. Shooting tersebut diadakan di Wetworld, Shah Alam. Itulah pertama kali ke saner...basah beb!

O...rupanya saya akan ditemani model cilik...siapa namanyer? Ups lupa...


Kami berdua perlu beraksi dengan mengenakan muslimah swimming suit...rupanya pakaian renang ini amat selesa, malah menutup aurat. Banyak koleksi yang kami cuba, pakaian datang bersama cap,baju dan seluar dan mempunyai pelbagai saiz. Sempat lagi main air sambil pose.


Make up artis pada hari itu ialah Nurin the Make over n photographer adalah abang yus yang sporting, akak zila the cute reporter...Tauke swimming suit pula ialah kak sofea, very nice lady.

Those yang masih tercari-cari baju renang muslimah boleh dapatkan dari kak sofea di http://www.bajurenang.com/index.php?ref=rosshidayu

Rekaan Kurung Moden








Assalamualaikum.. ini antara rekaan yang saya minati. Rekaan ini agak sama dengan rekaan yang saya post sebelum ini, namun ada kelainan di bahagian lengannya. Perician seperti sulaman atau renda dibahagian tengah lengan mampu memberikan impak berbeza.


Saya berpendapat rekaan sebegini memerlukan bahan (kain) yang lembut seperti sifon, agar ia nampak mewah dan beralun. Warna juga memainkan peranan yang penting. Kebiasaanya warna polos dengan kombinasi warna gelap akan menaikkan seri pemakai.




Isnin, 23 Mac 2009

Dan sebenarnya


Yuna - Dan Sebenarnya (EP) - Free videos are just a click away


Oh bulan, enggan melayan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
mula menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi..........
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh
dan sebenarnya...
aku rindu......
dan sebenarnya....
dan sebenarnya....
aku tak mampu...

Ahad, 22 Mac 2009

Muslimah & Dresses

Kebelakangan ini saya amat meminati dress labuh ala cinderella...walaupun bahagian atas terbuka tetapi saya boleh kenakan dengan turtle neck inner wear yang sesuai. Then saya akan kenakan selendang sebagai tudung. Selendang tersebut hanya diikat ,diputar dan dibuat seperti sanggul. On top of that, saya akan kenakan dengan earing yang agak labuh, tidak perlu rantai kerana earing sudap cukup lengkapkan penampilan.

Dress pertama yang saya beli ialah semasa bercuti di Langkawi, harganya agak berpatutan RM 65.00 dan dapat less 20%. Dress kedua yang minat ialah ketika jalan-jalan bawa my sons naik lrt ke KL Sentral. Dress yang mempunyai metarial yang agak sama cuma berlainan corak. Corak yang saya gemari ialah roses. Di KL sentral pun ada dress camtu, selagi tak beli dress tu asyik mimpi jer setiap malam. A week after, terus gi beli. So saya da dapat 2nd dress...yea. Those yang minat dresses, masa saya jenjalan di The Store Sungai Buloh last week, banyak dress yang cantik-cantik, termasuk ada cam saya punya...harganya not bad.

Khamis, 19 Mac 2009

Tip Penggayaan Tas Tangan(handbag)


Daily Quote:

What one does is what counts and not what one had the intention of doing.
-- Pablo Picasso --




Semalam saya ada terbaca dalan majalah Nona. Saya rasa info ini sangat berguna pada setiap wanita. Iyalah, setiap wanita takkan terlupa membawa tas walau ke mana mereka pergi . Mungkin ada yang belum mengetahuinya atau penah tahu tapi lupa atau tidak tahu untuk aplikasikannya..
  • Jika anda dikurniakan rupa paras dan ukuran badan yang sempurna, pilih tas tangan yang sederhana besar dan gayakannya pada paras pinggang sahaja.
  • Untuk wanita yang memiliki tubub yang gempal, cuba gayakan tas tangan yang bersaiz besar dan lebar kerana ini mampu membuatkan anda kelihatan kurus.
  • Untuk wanita yang bertubuh kecil dan genit, tas yang bersaiz kecil paling sempurna untuk mereka. Cuba gayakan dengan rapatkan terus pada tubuh badan anda ketika membawanya.



!!Komen saya, besar atau kecil tas itu, kalau pandai mengayakannya ia tetap nampak sesuai dengan pemakainya.
<-@Bali
@Bandung ->

Ahad, 15 Mac 2009

Teknik Make up Smokey Eyes

Orang kata teknik make up smokey eyes seksi ... betul ker?


Apa kata make up artis Chomel:

“Smokey eyes lebih sesuai digayakan pada sebelah malam tapi jika pandai mengadun warna sesuai misalnya pemilihan tona coklat atau tembaga dengan ‘highlight’ keemasan mampu membuatkan anda tampak anggun ketika di siang hari."

“Wanita bermata kecil dan mata kucing bagaimanapun lebih sesuai menata gaya solekan mata dengan teknik ini kerana ia boleh membuatkan mata kelihatan tajam dan besar,” katanya.

Bagi pemilik mata bundar, aplikasi teknik solekan mata menggunakan kaedah soket yang menegaskan warna gelap pada penjuru mata dan lukiskan sekelilingnya menggunakan penggaris mata. Teknik ini mampu membuatkan mata kelihatan galak.

Tip cepat: Masa diperlukan : 5 minit
Saya telah cuba tip ini ketika menghadiri majlis malam. It works!!

photo will be uploaded soon...


  • Sapu primer atau asas pembayang mata supaya sapuan pembayang mata kekal lama.

  • Gariskan penggaris mata di atas garisan alis mata dan buatkan garisan lebih tebal di lipatan pelupuk mata dengan penggaris mata jenis pensil.

  • Sapukan pembayang tona cerah pada pelupuk mata kerana asas untuk mendapatkan paduan terbaik bagi teknik ini adalah adunan warna gelap dan cerah.

  • Ambil berus pembayang kemudian kaburkan garisan penggaris di bahagian atas alis sehingga ia kelihatan sekata dan tidak terlihat seperti garisan. Pastikan adunan warna gelap tidak melepasi lipatan kelopak mata.

  • Perhatikan sama ada warna adunan pada kedua belah kelopak sama rata. Kemudian akhiri dengan sapuan maskara dan serbuk kilatan.
Mudah bukan...selamat mencuba..

Khamis, 12 Mac 2009

Daily Qoutes:

"Never mistake motion for action"
-Ernest Herningway-
Baju Kurung Mini


I love this design. Ini adalah hasil dari designer Arma Abdul Rahman. Baju Kurung Mini ini sesuai digayakan di semua majlis makan malam, majlis perkahwinan atau hari-hari istimewa. Walaupun ciptaan asalnya adalah untuk pengantin tetapi jika dibuang layah dan diganti dengan tudung/selendeng bercorak senada, boleh dijuga digayakan ke pejabat. Mungkin juga manik-manik boleh dikurang untuk tidak nampak terlalu sarat jika ingin dikenakan ke pejabat. Tetapi, jika menghadiri majlis-majlis istimewa, perincian yang sarat lebih menampakkan kemewahan baju dan kenggunan pemilik. Kadangkala nak juga nampak anggun dan bergaya.

Potongan ini menampakkan seseorang itu lebih kurus. Lengan dibuat potongan 'puff'' manakala pergelangan tangan dibuat bercekak dan dihiasi tatahan manik berwarna warni. Baju kurung atau jubah berpotongan 'puff' adalah design yang sangat cantik dan terkini. Ia menampakkan kelainan dari baju kurung biasa yang berpotogan lurus.

Rabu, 11 Mac 2009

Wanita dan fesyen






Daily Qoutes:


"Once you accept the fact that you're not perfect, then you develop some confidence"
-Rosalynn Carter-


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



WANITA dan fesyen begitu sinonim, tanpanya penampilan diri tidak lengkap. Pemilihan fesyen bersesuain dengan imej menjadikan penampilan lebih menyerlah. Begitu banyak jenama dan warna untuk dipilih di pasaran tetapi kadangkala sukar mencari yang sesuai dengan imej dan keperibadian.

Apabila sebut fesyen kebiasaanya kita akan kaitkan dengan wanita yang tidak bertudung. Sebagai contoh wanita tidak bertudung boleh mengenakan fesyen pelbagai baju, beg tangan, kasut sehinggalah fesyen rambut. Setiap pilihan aksesori pula menjadi pelegkap gaya, pilihan sedondon warna pakaian, kasut dan beg tangan. Gabungan dua atau tiga warna akan memberi lebih impak jika pandai mengenakannya.

Kini keadaan telah berubah, pasaran menawarkan pelbagai pilihan gaya dari hujung rambut ke hujung kaki, tampil pelbagai butik-butik pakaian, tudung, aksesori dan kelas-kelas grooming, dan make-up bagi memenuhi permintaan. Butik busana muslimah juga turut memberi pilihan yang berpatutan sehingga esklusif.

Saya lihat wanita bertudung juga sudah pandai mengenakan warna pakaian, beg tangan dan kasut serta tambahan aksesori seperti cermin mata hitam, rantai serta tali pinggang. Namun saya masih berpegang dengan prinsip "less is more". Namun, bagi pemilik bertudung haruslah pandai membuat pilihan jenis tudung dan warna amat penting bagi menampakkan pemiliknya bergaya anggun. Saya berpendapat untuk nampak cantik tidak perlu mengenakan jenama baju berjenama Channel atau beg tangan berjenama Guess dan mengenakan kasut berjenama Shuz serta tampil bercermin mata Dior. Cukup dengan gaya busana yang longgar dan berseluar serta bertudung dengan rona tudung sedondon, dan mengenakan hand beg dan kasut yang sedondon (tidak sedondon pun nampak cantik jika kene dengan aksesori lain)dan hasilnya 'you look gorgeous'. Nanti kita diskas tentang fesyen-fesyen yang sesuai dengan muslimah yang trendy.


Bobbi Brown Makeup Manual: For Everyone from Beginner to Pro



SPANX Higher Power High-Waisted Mid-Thigh Shaper 032