Salam,
My first son, named Danish. Baru 2 tahun 10 bln. Aku baru hantar ke sekolah. Mula-mula kesian gak, kecik2 dah kene bangun pagi, bersiap nak pergi sekolah. Tapi, aku dan hubby tawakkal sahaja sekurang-kurangnya dia boleh expose dengan new environment. Dia mula bersekolah pada di Tadika Raihan pada 28 Sept 2009. Menangis jugaklah pada hari pertama. Kesian Danish.
Setelah 1 minggu bersekolah, Danish telah pandai pegang pensil dan lukis (ikut ilustrasi dialah). Everyday back from school, mesti ambil buku dan pensil. Lukis ball, fish, car...macam2 lagi. Aku dan hubby exciting tengok anakku ni rajin belajar. Adiknya si Darwisy, follow skali abangnya belajar. Herm...moga2 Danish sentiasa rajin untuk belajar.
A month after, Danish dah mula berlatih menyanyi untuk hari Concert Tadika Raihan. Setiap hari mesti nyanyi..yg aku faham hanyalah kuda laut,kuda laut...smabil dia bungkokkan badan...tapi seronok tengok dia nyanyi dengan bahasa yg sedikit pelat. Tapi kitaorang ikut dia nyayi sekali...enjoy betul.
Semalam dalam kereta, ketika balik dari Bangi tetiba dia sambung nyayi..."macam kuda, tetapi tak ada kaki,hanya berenang" wow..aku dan hubby terperanjat...mungkin dia nyayi bait lagu yang di practise kat sekolah.
Apa yang lagi menarik ialah Danish @ 2yrs 10 months old, boleh count 1 to 10 (english) dengan lancar, without mistake. YAllah, aku bersyukur sangat. Sebelum ini dia suka2 hati counting cara dia...Alhamdulillah Allah permudahkan dia belajar.
Danish sekarang ini memang enjoy pergi school. Sampaikan baru ambil dia dari school dah nak pergi school balik. Dia enjoy. Thanks pada cikgu yang mengajar Danish.
"Ya Allah semoga Muhammad Danish dan Muhammad Darwisy menjadi anak-anak yang soleh dan bijak serta menyayangi kedua ibubapanya" Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan