Sabtu, 17 April 2010

Salam Santun Salam Bergaya




Saya seorang yang ringkas namun suka dengan fesyen. Tidak kiralah fesyen baju ke, kasut ke atau tudung. Sebagai seorang muslimat yang mengenakan tudung, saya mula memakai tudung dengan fesyen Tudung Bawal.

Mengikut revolusi tudung, rekabentuk tudung bermula dengan bentuk mini telekung, seterusnya tudung bawal dan kini tudung yang direka dengan awning supaya mudah untuk dipakai dan boleh mengikut apa jua bentuk muka.

Tetapi wanita kini telah mempunyai banyak pilihan tudung dipasaran, cuma kita perlu tahu memadankan tudung dengan pakaian yang sesuai dengan kita.

Sebagai seorang isteri, ibu dan wanita bekerjaya memerlukan saya mengenakan tudung yang mudah dipakai, selesa dan anggun seterusnya menampilkan personaliti yang menarik. Tentunya Tudung Fareeda mampu memenuhi ciri-ciri yang saya idamkan. Saya amat menyukai rekaannya, kualiti kain yang menggunakan chiffon asli dan mudah apabila dipakai. Pada masa yang sama kita dapat menjaga kualiti tudung kerana tanpa mengenakan pin kita masih dapat menggayakan tudung dengan selesa.

Terima kasih Fareeda kerana memberikan alternatif dalam fesyen bertudung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan